Thursday, February 21, 2013

BABY AZZAH





sekejap je tengok baby azzah membesar..rasa macam mimpi je..sekarang baby Azzah dah 2 bulan lebih..

IT'S A BABY GIRL!!!

 NUR AZZAH NAZIRAH
3.21KG
BORN 07 DISCEMBER 2012
AT HOSPITAL SIBU, SARAWAK.

Monday, October 8, 2012

long time not see...

selamat pagi..fuh..lame gile xupdate blog...ade dalam 9 bulan lebih..sejak semenjak jadi mak buyung ni..malas nak meng"updated" blog..sekarang ni usia kandungan baru jer 30 minggu..due date 12.12.12...makin besar perut mak buyung ni..makin cepat letih rasanya..apa2 pun doakan yang terbaik ye untuk saya dan jugak baby saye ni ye...nak sambung tdo blik lah..bubye...(malas betul mak buyung ni kan...hahahhaha)

Thursday, January 5, 2012

coklat lagi!!!!




Friday, December 16, 2011

Keindahan kata-kata ...Perkahwinan part 2.

RENUNGAN BERKELUARGA

Bagi yang bujang sesuatu iktibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikah an atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Sebab,
Isteri mu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernika han atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cu ma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.


Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikah an atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan YusufSebab,Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Per nikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Karena Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Dari itu itu wahai SUAMI dan ISTERIJangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

KEHILANGAN firman

Firman - Kehilangan


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Back to *, Reff:

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)




Friday, December 9, 2011

INFO COKLAT

APA PERBEZAAN ANTARA COKLAT COUVERTURE DENGAN COMPOUND?
Perbezaannya adalah lemak yang digunakan untuk membuat coklat tersebut.Coklat courverture menggunakan lemak dari biji koko yang dipanggil mentega koko(koko butter) manakala coklat compound menggunakan lemak sayuran (kelapa sawit) (vegetable fat).

KENAPA COKLAT PERLU DITEMPER.
Kerana mentega koko boleh membentuk 6 jenis krystal bergantung bagaimana ia disejukkan setelah ia dicairkan.Untuk membentuk coklat yang berkilat dan stabil ianya harus dalam suhu <34’c,>mentega koko perlu membentuk krystal no 5 sahaja.

KENAPA COKLAT BERPELUH SELEPAS DIKELUARKAN DARI PETI SEJUK
Kerana proses pemeluawapan berlaku.Proses ini akan berlaku pada semua benda yang bertukar tempat dari yang sejuk (cth peti sejuk)ke tempat panas dan lembab (cth dapur dll)wap di udara akan tersejat atas permukaan sejuk

UNTUK MEMBUAT COKLAT MARBLE BOLEHKAH MENGGUNAKAN COKLAT YANG BERBEZA (CTH COUVERTURE DAN COMPOUND)
Tidak boleh sama sekali.Untuk membuat marble coklat mesti la dari coklat yang sama cth coklat couverture dark,milk,white mesti la dari jenis couverture juga begitu juga denga compound dark,milk dan white dari jenis compound

BERAPA LAMA COKLAT BOLEH DISIMPAN.
Tarikh luput coklat bergantung pada jenis coklat iaitu dari 6 bulan sehingga setahun (boleh refer pada plastik pembungkusan) dan keadaan penyimpanan.Untuk tahan lam coklat perlu la disimpan pada suhu 20’c – 26’c (untuk couverture)untuk coklat paraline pula tarikh luput bergantung pada jenis inti yang digunakan cth inti ganche (2 minggu –sebulan)dan kaedah penyimpanan..

Fakta coklat
Fakta 1:


Coklat tidak menyebabkan jerawat.Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka

Fakta 2:
Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."

Fakta 3:
Penghidap diabetes boleh makan coklat dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4:
Coklat tidak sebabkan karies gigiApabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.


Fakta 5:
Coklat tidak sebabkan sakit jantung dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.


Fakta 6:
Coklat kuatkan tenaga batin?Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.


LoVe Is ShAriNg :)(credit to http://ummichochomemade.blogspot.com)

Wednesday, December 7, 2011

Tempahan Almond Rocher untuk Christmas..

50 biji untuk satu botol. 1 botol rm30.00 .Untuk membuat tempahan boleh sms saya puan ieda 012-8989308..

My homemade chocolate part 2










Monday, November 28, 2011